apa kami buat

  Поделиться


Women Help Women menghubungkan aktivis, organisasi dan penyelidik di seluruh dunia. Kami berusaha untuk meningkatkan ketersediaan pilihan kesihatan reproduktif yang diperlukan untuk mengawal kehidupan reproduktif kami. Kerja kami adalah bukan untung.

Program-program kami:

 

 

Kami berusaha untuk meningkatkan akses pengguguran melalui tindakan langsung dan mengubah norma sosial.

 

Program kami memajukan akses dalam talian dan komuniti kepada pengguguran diuruskan sendiri (self-managed abortion) dan berusaha untuk mencipta perubahan budaya melalui usaha ini.

.

  • Kami menyokong kumpulan aktivis feminis tempatan, melatih mereka dalam pengguguran diuruskan sendiri, dan menghubungkan kumpulan-kumpulan dalam gerakan global
  • Kami membentuk dan menyokong campur tangan inovatif (innovative interventions) dengan menggunakan teknologi seperti perkhidmatan dalam talian dan talian hotline untuk memperluaskan akses kepada pengguguran
  • Kami menyediakan projek yang tertumpu pada wilayah tertentu seperti SASS: Self-Managed Abortion – Safe and Supported in the USA, dan rangkaian serantau, termasuk: Mobilizing Activist for Medical Abortion Network (MAMA) di Afrika
  • Kami mengusahakan latihan keselamatan holistik untuk memperkasakan aktivisme
  • Kami mengusahakan projek penyelidikan dalam domain kesihatan awam dan sains sosial yang memerlukan advokasi berasaskan bukti (Lihat penerbitan kami)
  • Kami berusaha untuk menyekat naratif tradisional dan mengubah wacana serta norma mengenai pengguguran (Lihat sumber kami)

Budaya organisasi kami adalah kolaboratif, mendatar, sumber terbuka (open source) dan feminis.